Wednesday, November 28, 2012

# Teman Pengganti - Black ft Malique *lyrics :)

Assalamualaikum . . . 

    Oleh sebab aku semakin addicted dengan lagu ni. Sampai letak lagu ni dalam blog aku .. So aku just nk share lyrics dy kayy.. Enjoyy :D 
For the video, Click Sini

Ketawa bersama Menangis bersama
Kubersumpah harap kita mati pun bersama

   Sejak 2 menjak ini Makin kerap ku diganggu visi
   Bila celik juga bila mimpi Aku nampak kau
   Tapi bukan aku yang disisi Dia membelaimu dgn izin dan permisi
   Sentuhan katanya semua kau iakan 
   Sentuhan jarinya kau diam dan biarkan
   Aku redha walau tidakku damba
   Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya Bukan mudah
Aku sembunyikan gulana gundah
Segalanya akan berubah Dengarkan apa yang kumahu luah

      #Rahsia ini telah lama aku pendamkan
        Tiba masanya Segala-galanya kuceritakan
        Aku kan pergi Pergiku tak akan kembali
        Tiba masanya Kau cari teman pengganti

   Dalam dunia yang maya Prejudis dan bias
   Kita tak terlepas dari terkena tempias
   Rimas ditindas Sembunyi dalam puisi dan kias
   Tidak kau bidas Tak berpaling walau sekilas
   Hanya kau yang tahu kodeks ku yang kompleks
   Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
   Bila dunia seolah tak memahami
   Kau sudi selami dalami dan mengalami

Setia mendengar Sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun Setiap tarikh lahir
Tiba pagi syawal Kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang kupuja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

        ulang#

   Sejak 2 menjak ini Ku mencari fungsi kewujudan
   Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
   Terperangkap dalam jasad ku keliru
   Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
   Namun aku tetap murung berkurung
   Tubuh makin susut Menunggu tarikh luput
   Komplikasi di halaman rusuk kiri
   Makin susah nak bernafas nak bergerak nak berdiri
   
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri Jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh Yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas Katil dah ku rapi
Cincin kunci dompet dalam laci
Ada sikit wang Itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

             *Aku kan pergi
               Bertemu kekasih abadi
               Tiba masanya
               Kau cari teman pengganti*

Part paling syahdu~ :'(

They Rock ! :D

#penad.tulis.sniri.~ Huhu :D

No comments:

Post a Comment

Kata2 hikmat dari anda???