Sunday, October 26, 2014

#sebak

Assalamualaikum warahmatullah.

       Maka benarlah, kehidupan itu kembarnya ujian. Dan kini, diri ini sedang melalui fasa tersebut. Ujian datang bertimpa-timpa. Dan esok, ujian dunia bermula. Peperiksaan Akhir Tahun Semester 2 2014. Nasib baik jugak satu hari atleast dua subjek sahaja. Allahu.

      Ujian yang hadir pada mulanya membuatkan aku seolah-olah telah penat untuk teruskan kehidupan. Penat untuk terus bersabar. Dan seakan-akan penat untuk bersangka baik dengan Allah. Astaghfirullah. Mujur, masih ada jiwa-jiwa yang setia bersamaku tika susah dan senang. Masih setia mengingatkan daku tentang fitrahnya hidup manusia.

       Alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat dengan erti yang sebenar. Bukan hanya yang hadir tika perlu, hilang tika sudah jemu. Sumpah, ini adalah kali terakhir aku akan benarkan perkara sedemikian terjadi. Nilai persahabatan itu terlalu tinggi. Sungguh, aku cinta mereka yang bersamaku kerana Allah. Moga Allah redha dengan kehidupan kita. Dan semoga kejayaan berjaya kalian tempa, insyaAllah, aku doakan sentiasa. Biiznillah, sekian. Tinta hati yang remuk.

Monday, October 6, 2014

#SalamAidilAdha_1435h

Assalamualaikum warahmatullah !

       Salam AidilAdha 1435h .. Mengenai raya haji tahun ni .. Erm .. Entah lha , taktau nak komen ape . Hehekk . Hanyalah ternyata tahun ini banyak kes lembu korban berjaya meloloskan diri daripada tambatan sebelum dikorban . Yelah , dah kena korban acane nak lari kans ? Hoho . Uhuks . Raya haji tahun ni rasa suram sikitt . Dunno wai . Mungkin akibat daripada hati yang kurang bersih agaknya. Nabi kata , kalau elok seketul daging tu , eloklah keseluruhan tubuhnya . Maka , ternyata ada yang tidak kena pada seketul daging tu pada saya .
Qalbun
      Haihhh . Feeling lonely was only a state of yourself being forgetfull of how much Allah's actually never leaves you even a single second . Hewhew .. Dalam proses membaikpulih hati . Sedang cuba mendampingi Al-Quran setiap hari. Huhu . Alhamdulillah , dah khatam tasmik . Tepat jam 1138 pagi di Surau As-Syatibi MRSM Kepala Batas bertarikh 26th September 2014. Tarikh tak brapa cun ah . Haha , but atleast berjaya jugak menghabiskan tasmik 30 juzuk pada Penghulu Segala Hari, yakni Jumaat.

     Sekarang, fasa murajaah. Allahu.Bukan calang orang boleh igt 100% quran. Diri yang hina dina ini terasa amatlah tidak mampu untuk bergelar hafizah quran yang betul-2 masyi. Huhuhu. Namun, demi cita-cita yang diimpikan, saya harap, saya dapat lalui fasa murajaah dan kekalkan ilmu al-quran ini dalam dada. InsyaAllah. Dengan berkat doa ibubapa dan para murobbi yang saya kasehi kernaNya, saya harap saya berjaya, biiznillah . Keinginan untuk berjaya itu ada, alhamdulillah. Masih ada perasaan yang positif dalam hati ini.
KalamuLLAH.
       Tu je lah kot. Malas dah pulak nak cerita panjang-2. Agak kurang perasa kan entry kali ni? Saya sedang menghapdet tanpa berperasaan seperti selalu. Entah mengapa. Huhuh. Eh eh readers sekalian, mohon doakan kesejahteraan kita semua bersama dunia akhirat. Saya terasa lain macam. Heh? Abaikan perasaan saya tersebut. Harap kita semua berjaya dunia akhirat, insyaAllah. Amin. Doakan saya dapat masyi quran macam asatizah saya hebat-hebat gempak belaka dekat maktab tu. Hihi.

Assalamualaikum warahmatullah,
May peace be upon YOU! <3
Fi hifzillah, semua.
p/s: Doakan kecemerlangan result exam TOEFL saya baru-2 ini! <3 Tenkskiew. Haha.
Salam AidilAdha. <3