Sunday, October 26, 2014

#sebak

Assalamualaikum warahmatullah.

       Maka benarlah, kehidupan itu kembarnya ujian. Dan kini, diri ini sedang melalui fasa tersebut. Ujian datang bertimpa-timpa. Dan esok, ujian dunia bermula. Peperiksaan Akhir Tahun Semester 2 2014. Nasib baik jugak satu hari atleast dua subjek sahaja. Allahu.

      Ujian yang hadir pada mulanya membuatkan aku seolah-olah telah penat untuk teruskan kehidupan. Penat untuk terus bersabar. Dan seakan-akan penat untuk bersangka baik dengan Allah. Astaghfirullah. Mujur, masih ada jiwa-jiwa yang setia bersamaku tika susah dan senang. Masih setia mengingatkan daku tentang fitrahnya hidup manusia.

       Alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat dengan erti yang sebenar. Bukan hanya yang hadir tika perlu, hilang tika sudah jemu. Sumpah, ini adalah kali terakhir aku akan benarkan perkara sedemikian terjadi. Nilai persahabatan itu terlalu tinggi. Sungguh, aku cinta mereka yang bersamaku kerana Allah. Moga Allah redha dengan kehidupan kita. Dan semoga kejayaan berjaya kalian tempa, insyaAllah, aku doakan sentiasa. Biiznillah, sekian. Tinta hati yang remuk.

2 comments:

Kata2 hikmat dari anda???