Sunday, July 17, 2016

#selepasduabulanlebihkurangtambahtolakdarabbahagikemudiannya

Greetings.

I feel like in need of space and time to rant everything, but I don't really know what the heck am I gonna rant about. I just happen to feel that way. I fucked up. Really.

That fucking moment when you fucking doubted your fucking self, are you really gonna fucking do this? *sorry for the fucks, it just felt more satisfying when expressing things so, yeah* Chemistry? Or are you actually having a bigger and far more interest and also passion in Islamic studies?

I really do missed Arabic language, Syari'ah Islamiah and Quran sunnah, so much. Bila dah tak belajaq semua tu kadang2 rasa macam jauh dari agama pun ada gak. Quran pun dah jarang murajaah, malunya bernafas atas muka bumi free2 ja macam ni. Pft. I hated myself for some reasons, huks.

Rasa macam bebas sangat hidup kat Lenggong ni. Kan kc? Rasa nak buat, buat, rasa malaih, haram tak buat. Lol. You don't have your own schedule, that's why. Zaman ke-futur-an kembali nampaknya, or sebenarnya zaman tu masih berjalan, daripada zaman kat maktab, bawak ke zaman kerja, bawak ke sekarang? Tudia trivia. Allahu. Tapi kalau buat jadual pun, nahhai punya la baloq nak buat satu pun. Tengok saja ah la ni, aku dok meroyan kat sini, homeworks satu pun aku tak sentuh. Hang nak jadi apa ni kc? Hidup buat apa lah kalau dok buat perangai lagu ni. Haihhhh sakai.

Sumpah la I don't feel like I'm belonged here. I don't feel like I'm destined to be here, or what not. Pfft. Belajaq maths balik buat aku rasa betapa lembab dan boddddddohnya kepala hotak aku ni berjalan. When others keeps on gaining, I don't feel the same. The only feeling was being dumb and dumber. Wtfish. Maths, one thing. English? Taktau nak kata apa, my TOEFL results are not satisfying myself. I don't feel secure with the results, yet the exam's just around the corner, 27th August. It's about, a month more less? Oh myyyyyyy, I'm feeling so demotivated by now. Requirement 90/120 to fly for TOEFL while 1200/1600 for SAT. For the past TOEFL practise, 80-77-85-87-94. Ya allah, rasa cam nak mati je tengok result sendiri pastu tengok result orang lain. Haaaaaaa go die la kc. Huaaaaa

);

 Maths punya 1st quiz, boleh gagah. Mai ja 2nd topic, haa menggagau. Result tak kluaq lagi dah bleh agak kata aku fail. Wtfish. Ni semua baru rant pasai akademik ja ni tak rant pasai love life dgn surrounding dengan peers lagi haaaaa brapa panjang taktau ah satni jadi dia. Ergggghhh rasa serabut takyah baca ah pi main jauh2. Huhuhu. Masuk bab peers. Awat nak down dengan peers?

1. Most of 'em are BKP's, especially BWP.
2. Result depa semua gempak2 wehhhhhh pakat straight A's. Dah la straight A's, A+ bersepah pulak tu.
3. Depa semua speaking hebat2 weh mau aku tak insecure duduk dengan depa ni. Ngaaaaa sakai
4. Pakat2 otak cekang maths. Memang boleh mati kalau dengaq hat sama2 otai sembang pasai maths, aku tak exaggerate, benda betoi. Tobat lahom benda betoi. Boleh bayang kot, kalau orang sembang pasai benda lain, depa sembang, pasai MATHEMATICS. Set2 boleh bawak keluaq soalan tak payah tengok kitab, jawab soalan tak pakai kalkulator ni ya allah.
5. Makhluk2 rajin sentiasa tanpa gagal setiap masa tiada had. Pandai2 interprete. Aku malaih nak explain.

Aku sumpah dok nampak depa semua ataih pada aku. Takdak ruang weh nak mencelah. 😭😭😭😭

Love life? Amboi. Masuk ja madpp teruih ada love life. Awat selama ni tadak pernah ada pun? Okay tajuk ni bahaya sikit, explicit. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA bodo kc. Tadak ah, biasa la bab hati. Macam biasa jugak, manusia datang dan pergi. Tapi kali ni mcm laju pulak hat mai pastu pi ni. Main perasaan betul. Tapi dia stop, pastu kadang2 dia kacau balik seminit dua. Nampak dak complicated dia kat situuuuuuu pft. Belajaq la kc weh, hahaha. Bongok. Balik us kawen lah kalut pa 👊👊👊 Eh, salah2. Sampai jodoh kawen ah kalut padia. Haaa baru betoi. Lol. Aku rasa nak tikam diri sendiri bila bukak bab ni. Mohon diri sendiri berhenti segera sebelum kena tikam sungguh dari dalam, mau naya kot dok tak duduk pisau kot dalam tembuih keluaq. Bodo woi stop la. HAHAHAHAHA

Nak buat homework, tapi lapaq. Tapi malaih. Tapi baloq. Tapiiiiii tadak orang nak motivate. Makin lama makin ngada weh, apa nak jadi niiiii haaaaaaaaa. Tapi en weh, aku sumpah kadang2 ada urge nak keluaq MADPP. Kadang2 rasa nyesai pun ada gak masuk sini, kadang2 rasa nyesai tak keluaq pi masuk uia, sambung asasi arab. Benda minat, lain weh. Minat kimia macam berkurang ja masuk sini. Ya allahhhhh apa aku dah buat dalam hidup ni haaaaaa 😭😭😭 Teriak jugak satgi ni punca ja. Dah la esok jadual packed nak mati.

0830 - 1030 : English
1100 - 1300 : Maths
1430 - 1630 : Maths
2000 - 2200 : PAI

Dak la ni bila masa hang nak start buat keja ni? *lari bukak module madpp*

Monday, April 25, 2016

#soontobedeleted

I don't know why the heck I am doing this rant rn.

You don't even show that you have any interest to know what's my progress or situation or condition rn, not a single thing. I felt left out by you. So much. Yeah that we don't have any connection or relationship tho. Sedih siot. You're one of the person I told soon after I got the offer, and I'm about to go this 3rd May. When I said that I was going on 30th April, and I wouldn't be around that 1st May kenduri kat rumah Along, you react like you don't even care that I at least had hoped to see you before I pursue my studies. But then, I received the new info that it was postponed till Tuesday, and i told you that news, you replied 6 hours later saying that you've got connection problems, and I waited till now, seems like the connection problem hasn't ended eventhough your whatsapp last seen was just a few minutes ago. This is so sad. The only person who's been keeping the feelings was me alone since before. Since dulu, it was me alone. Kan? You're different, you're so special to me. That's why. And I don't even know how to explain those feelings. At times I thought that I've gone through everything and moved on, but I didn't. Sedihnya. Kenapa aku jadi childish sgt eh? Sebab benda macam ni ja?

Sebab you matter, you're important to me. But I ain't to you, kan? I'm better off alone. Rasanya lah. Sebab, yelah, I don't even matter. Thanks for everything. Aku tahu kau tak berniat pun, selalu macam tu kan. Kau takpernah berniat apa-2. Hati kau dah kosong, dah tak ada ruang untuk aku lagi dah. Sebab dah takde pape pun kan skrg. Aku wujud ke tak ke serupa je skrg. Kalau aku sedih, terasa dengan kau pun, kau takkan ada. Takkan. Ergh, sampai bila agaknya baru aku boleh terima hakikat ni.

Since tahun lepas, benda ni tak habis habis lagi. Time spm lagi lah, aku broke down macam mayat hidup. Aku study macam tak study. Jawab exam pun tringat macam2. Alhamdulillah la result, sebab sumpah aku cakap, aku sendiri tak expect result aku macam tu, sebab hanya Allah, dan hanya aku seorang tahu apa yang aku rasa dan fikir sepanjang aku jawab exam tu. Otak aku bukannya betul sangat, but nobody cares, nobody gives a shit. Pandai sangat blakon okay pun makan hati jugak. Betullah macam kau cakap dulu, aku ni pretty pathetic. Yay.

All I ever wanted was for you to show, something, anything, that I meant something in your life, atleast. Theres no spark in our conversations anymore, nothing. Everything has changed. Everything. But I'm still here waiting for some stupid fantasy to come true. Koyak brapa kali pun hati aku, sampai sekarang aku still tunggu. Penat macam mana pun hati aku, sampai sekarang aku still tunggu. Sakitnya. Kadang2 rasa bodoh. Rasa tak guna buat macam2, tapi kenapa aku masih ada feelings like this. Kenapa aku masih tunggu benda yang takkan hadir? Ergh

Kau datang balik lepas gap sebulan tu pun sebab aku meroyan dekat twitter, dekat blog, dekat asefem. Kalau aku private semua, especially twitter aku, agak2 kau nak muncul balik ke tak eh? Mesti kau ingat aku okay, aku bahagia je aku lepak happy2 je hidup aku tanpa kau kan? Aku rant dekat twitter, aku tak pernah harap, aku takpernah terdetik pun harap yang kau akan stalk, sebab tu aku rant dekat situ. Aaaaaaaaaaaa otak dah gelong yayyyyyy seronoknya.

Tuesday, April 12, 2016

#littledoyouknow


Little do you know
How I'm breaking while you fall asleep
Little do you know
I'm still haunted by the memories
Little do you know
I'm trying to pick myself up piece by piece

Little do you know
I need a little more time

Underneath it all I'm held captive by the hole inside
I've been holding back for the fear that you might change your mind
I'm ready to forgive you but forgetting is a harder fight

Little do you know
I need a little more time

I'll wait, I'll wait
I love you like you've never felt the pain,
I'll wait
I promise you don't have to be afraid,
I'll wait
The love is here and here to stay
So lay your head on me

Little do you know
I know you're hurting while I'm sound asleep
Little do you know
All my mistakes are slowly drowning me
Little do you know
I'm trying to make it better piece by piece

Little do you know
I, I love you 'til the sun dies

Oh wait, just wait
I love you like I've never felt the pain,
Just wait
I love you like I've never been afraid,
Just wait
Our love is here and here to stay
So lay your head on me

I'll wait, I'll wait
I love you like you've never felt the pain,
I'll wait
I promise you don't have to be afraid,
I'll wait
The love is here and here to stay
So lay your head on me
Lay your head on me
So lay your head on me

'Cause little do you know
I, I love you 'til the sun dies

-Alex & Sierra

Sunday, March 20, 2016

#karnivalpendidikanMARA2016

Assalamualaikum.

Haiyah! Peh, rabak mata aku harini. Why? Okay, begini alkisah hikayatnya.

     Bayangkan kau tidur around lepas subuh, then kau jaga pukul 9 lebih and setel hand over some things, pastu kau sambung tidur sampai pukul 10.45 and bangun siap-siap pergi SCM sebab janji dengan members at 1100hrs plus minus jumpa kat sana.

     Sleeping less than 5 hours then you go to #karnivalpendidikanMARA2016 for the 2nd time sebab kemarin dah pergi tapi dengan Mama and Abah pastu rasa macam tak happening sangat kemarin pun surrounding pun kelam semacam so harini pergi lagi sekali dengan another 8 girls kesayangan uhuk uhuk. Pehhh, boleh bayangkan kot betapa aku struggle untuk tidak menampakkan wajah sleepy rabak tak cukup tidur aku tu masa spend time dengan kesayangan-kesayangan saya semua tadi. Hahaha

     Tahu apa aku buat? Benda biasa, aku mula buat bising dan tiada istilah quiet and listen without interupting in a proper way langsung. 1st thing aku buat was greet Selamat Datang kuat2 and welcomed myself and the others dekat pintu depan Sunway Carnival Convention Centre gaya aku greet customers masuk kedai masa kerja kat Oldtown dulu *ceh, macam dah lama sgt ja brenti keja padahal baru seminggu* Dah la tengah makan waffles sebab tak sempat breakfast pastu lapar macam apa ja tak senonoh sungguh lahai kc. Hahahaha bongok.

       Pastu memang aku cakap banyak gila, well, better lah aku tanya macam-macam sebab aku bukannya tanya benda tadak kaitan macam tiba-tiba aku tanya kenapa langit itu biru dan rumput itu hijau punya soalan bagai kan. Memang aku tanya la course ni study apa, accomodation, fees, financial supports, future carrier yang berkaitan semua tu memang aku rasa macam aku lah manusia paling tak berhenti cakap kat situ entahlah kalau perasan sorang2 padahal takpun tu aku taktahu la kan. Kah!

     Pastu tadi macam booth2 semua hidup tak kelam macam kemarin pun peh nasib baik pergi lagi sekali. Memang harini aku apply ja mana aku rasa bleh apply, huhuhu. Rezeki masing-masing kan? Memang aku banyak aim asasi kalau boleh, aku nak habis study cepat nak kerja nak support family tu ja aim paling clear yang aku ada sekarang. Ahuhuhu. Whatever uni or college or institute I wouldn't care much kot rasanya as long as I can pursue my studies. Hm.

       So sad rn. Why? Takdelah, hm. Tadi, after pergi edufair tu me and the girls lagi 5 orang watched Kung Fu Panda 3. At first katanya nak tengok Boboiboy The Movie pastu tak jadi sebab seat penuh tinggal seat depan pastu seat kosong yg tinggal pun berselerak so tak best then they decided to watch KFP 3 and diorang tak tahu aku dah tengok dah pun ekceli haritu. Hahaha, but sokay, sebab masa tengok haritu pun aku tak fokus sangat. *ahem* K, so what caused hati galau sasau angau pulak dah ni? Pasal seat and hall. Hm, sebab aku tak ada masa diorang beli tiket. Masuk ja hall, tengok2 seat, then I remembered something.

     Immediately I took out my wallet and there it is. The ticket from the movie Deadpool last February. I am sitting at the same seat, in the same hall. ... ... ...

Rasa nak menangis tah kenapa tak tahu kbye.

Friday, March 4, 2016

#resultspm2015

I just hoped that you're there when I wanted to rant about today. My results're fine, alhamdulillah. But so many other things happen that I wanna tell you, I wanna share 'em with you. But then, I forgot. Yep. I'd forgotten that you have your responsibilities to fulfil. Other things to take care of. You have your explainations. My bad. And I'm broken into pieces like hell bcs of myself. Don't make today as another bad mark? Na. It already had left bad markS. Yay for me. Tired of crying. Thanks for caring. I won't bother asking you anything anymore after this. Maybe I'll just send some goodnight wishes. Thanks. I can't be fine, you know? 3rd of March left scars. A lot.

Wednesday, March 2, 2016

#kerja

Mula dengan kerja, aku mula nampak realiti dunia luar maktab macam mana. MasyaAllah, scary. Selama ni aku duduk dalam maktab, makanya, alhamdulillah la tidak ada yang extreme melampau-lampau.

Tapi, aku tak cakap yang kat luar maktab ni extreme melampau semuanya ye, pls. Cuma kini, sedikit je lah aku tau memang sikit sangat pasal dunia luar. Sungguh, kau duduk dalam dunia maktab, kau belum kenal dunia luar. Prepare je lah diri sendiri tu. Aku yang baru jumpak baru kena baru nampak baru rasa SIKIT pun dah macam, "Huaaaa, takutnyaaaaaa apa semua ni nak balik hua," tu. 
                                        
Tapi, kalau aku stop, aku lari, aku blah, aku menyorok, sampai bila aku nak buat macam tu, kan? Tak dinafikan, ramai lagi makhluk dari alam maktab yg belum dengan dunia luar. Serius guys, cuba intai dunia luar. Aku sayang kawan-kawan aku, thats why aku cakap macam ni. 

Paling penting, nak kuatkan pegangan agama tu, amatlah menggugat kesabaran kalau manusia macam aku yang mudah terpengaruh nih ha. Memang merasa la macam mana nak bawak diri, macam mana nak selesaikan problem, macam mana nak handle kesalahan diri sendiri, kesalahan orang lain kadang kadang, macam mana nak hidup, even pengalaman aku kerja baru mencecah seminggu. Ya, aku tahu, aku sedikit culture shock dengan dunia luar. Bukan semua orang jahat, bukan semua orang pun baik jugak. Huhu. Tapi, aku sedaya upaya nak kuatkan diri untuk hadapi dunia sekarang ni. 

Ayat "Lepas ni dah tak ada yang nak kejan suruh solat, suruh mengaji suruh itu suruh ini bab agama bab akidah bab jaga ikhtilat semua," tu aku dah mula rasa. Ni baru sikit wehhh (_ _") Tah nanti masuk uni ke masuk kolej mana-mana lagi lha macam-macam jenis aku jumpa. MasyaAllah, takutnya. And yes, I need strength from close families and friends. Serious. Bantu aku andai aku tersesat andai aku menyimpang andai aku menongkah arus hakiki. Aku takut. Doakan aku.

Tuesday, March 1, 2016

#oneday

Assalamualaikum.

     I pray,
That one day,
You will give your heart to someone,
That will hold it tight and never let it go.
That one day,
The battle is over,
And you have won.
That one day,
You finally realise that someone,
Who tried the best to make you know,
How much you're important in her life.

Thursday, February 11, 2016

#feeling

Assalamualaikum, muslimin muslimat sedara sedari anda dan andi sekalian.

    Kembalilah pada Allah, hanya kepadaNya tempat bergantung harap, tempat meluahkan segala rasa. Tiba masanya kini, aku dah sampai tahap aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku tak tahu langsung. Perasaan yang aku langsung tak boleh describe. Serious. Tengok dan baca betapa seriousnya aku eja serious menandakan betapa aku sedang serious sehingga ejaan serious pun aku serious mengejanya.

     Lol. *langsungtakketawa* *tariknafasdalamdalam* Aku keliru, apa yang sedang aku rasa sekarang ni. Aku rasa berdosakah? Aku rasa kecewakah? Aku rasa sayangkah? Aku rasa terharukah? Aku rasa rindukah? Aku rasa bersalahkah? Aku rasa apa yang aku rasa ni terlalu dirasai sehingga tak terucap apakah perasaan ini. Ah sakai. Persetankan semua ittew. Kembali pada yang satu, Dia pasti ada jawapannya. Doakan yang terbaik buat aku, ya?

Semoga Nur Amirah Hanis binti Ahamad merasai ketenangan setiap kali beliau merasa gundah gulana hampa kecewa resah gelisah risau tak sudah. Amin.

     Harini, happy ke aku? Sedih ke aku? Nope, tak tahu. Aku happy, tapi macam tak. Halaaaaaaaaaaaaaaaaa tak suka k rasa2 camni ha. Kbai, assalamualaikum.

Friday, January 22, 2016

#kawan

Assalamualaikum warahmatullah.

Bismillah.

     Jumaat lalu, 15th January 2015 malam sabtu. A good friend of mine, he went and left forever. Allahyarham, Affiq Ropiee meninggal akibat kemalangan jalan raya. Aku dapat tahu that pagi sabtu. Ustaz dekat maktab contact aku tanya if theres budak maktab batch aku nama Affiq Ropiee and I was like, bukan lah, dia kawan saya tu, tapi dia SMS Kepala Batas, bukan budak maktab kita, why so? Ada orang kacau ustaz ke? Haha, soalan.

     Ustaz jawab, budak tu meninggal semalam sebab accident and I was like. Tergamam, terdiam, terkelu, kaku. A moment of silence. Serious. I hung up, logged on to my facebook account and there it was. The news. He's gone. Yes, he was a true friend, a good, very good friend.

    What makes me feel so bad was he did contacted me a few days before that, mintak belanja. Aku pun reply, hang yang dah reja, aku pulak nak kena blanja, apakes? Haha. But he urged, in a friendly way of course macam tak kiraaaa nak jugak hang belanja. The conversation ended just after that, and I never would've thought that, that was his last wish from me. Allahu, the pain sure hurts. Aku hanya mampu doa, belanja doa ja kat hang la ni. Sedihnya aku, eventho dah lama tak contact, tetap rasa dekat dengan hang. Lawak-2 hang, keceriaan yang hang bawak dalam hidup orang sekeliling hang, susah weh nak lupa.

    Dulu, masa arwah Khalid pi, aku sedih gak, classmate kan, huhu. Tapi, effect lepas hang tadak aku rasa sedih gila kot. Semoga arwah tenang kat sana. Aku hilang seorang kawan dah, yang dok ada ni jangan la tinggai aku dah. Sakit weh. Tapi kalau dah sampai masa, aku kena redha gak ah. Kalau aku pi esok-esok lagu mana pulak kan? Tenanglah hang, Affiq, kat alam sana. Aku sentiasa ingat untuk doakan hang, insyaAllah. Sampai masa, kita jumpa.

#terimakasih

Assalamualaikum warahmatullah.

    Susah kan nak move on? Hahahah. Sabar je lah kan, kc? Lewls. Senyum. Sakit rasanya dibuat tidak endah tu takkan senang untuk hilang. Takpe. Terima kasih sebab menyedarkan aku betapa banyaknya masa terbuang. Yes, salah aku sendiri.

Terima kasih,
Kerana pernah datang,
Lalu menghilang.
    Terima kasih,
    Kerana pernah ada,
    Lalu tiada.
Terima kasih,
Kerana pernah menghiburkan,
Lalu pergi membiarkan.
    Terima kasih,
    Kerana pernah meninggikan harapan,
    Lalu menjatuhkan.
Terima kasih,
Kerana pernah dekat,
Lalu jauh tiada terikat.
    Terima kasih,
    Kerana pernah peduli,
    Lalu tidak lagi kini.

If, just if, that you're sorry, mane lah tahu kan kalau wujud rasa cemtu eventho kau kan tak selalunya berperasaan sangat hal-2 macam ni kan. Don't be, which aku rasa keyakinan aku sangat tinggi untuk tidak itu, sebab, I am the one who trusted you. My mistakes, not yours. Thanks. Space still vacant. Thanks to you. Hati kau pun dah kosong kan? Tahniah.


   

Friday, January 15, 2016

#why

Assalamualaikum.

     Nothing to tell much. Tadi aku pi jenguk maktab. Hewhew. Semalam tidur rumah ustazah, jumpa maktokkkk! Hewhew. Rindu okeh. Huahua.

     Gais, ai start tak sihat around 4,5 hb haritu, meaning, sebelum g interview. Pastu, melarat pasang surut selsema batuk aku nih sampai harini. Maigadd, dah lama aku tak rasa cemni. Sebab?

    Err, ever heard of demam rindu? Weh benda nih real weh. Aku dah pernah rasa dah sebelum ni. 😭 ohwai. Selalu jadi cemni kalau aku rindu orang, ada prob dgn org yg aku sayang lha. Pastu la ni? Aku taktau lha aku rindu sapa. Aduhh -_- Takkan Encik P kot. Ahdush.

    Dua tiga malam yg lepas, ada skali tu aku mimpi dia. Kenapa kau ada? Kau tu dah la makhluk paling payah aku nak jumpa dalam mimpi. Cett. Kenal almost 4 tahun, ni baru kali ke-3 kau jenguk aku dalam mimpi. Kenapa? Ada benda nak bagitahu? Haihhh. Orang yang aku baru kenal hujung 2015 pun dah 2,3 kantoi masuk mimpi. Aku tacing nih. Lewls.

The space is still there, vacant.

Sunday, January 10, 2016

#Momento2015

Assalamualaikum warahmatullahhhhhhhhh!

Alhamdulillah, masuk sudah tahun baru, maka seperti biasa, harus adanya post new year. Hewhew. Bajet macam ramai sangat pulak yang bace en blog aku. Wakakaka. Gilos.

       Kekangan keadaan sekeliling menyebabkan post ini terpaksa tunggu dan lepak dalam draft buat sementara waktu ye. Hewhew, sadis. Kalau rasa banyak kerja and busy tahap petala, mohon hold dulu hasrat nak baca entry kali nih, sebab ia sangat panjang berjela-2. Ai dah warning awal-2 ye? Jangan menyesal bila start baca. Hahaha. :P

Masih membaca? Okay, risiko anda tanggung sendiri ya? Bismillahirrahmanirrahiimmm.
   
Alkisah maka tersebutlah kisah, perjalanan hidup penuh momento milik Nur Amirah Hanis binti Ahamad, sutradara Yang Maha Esa pada tahun 2015,

Januari, 2015.

      Musim persekolahan start lambat, due to dugaan banjir yang melanda bumi Malaysia ada penghujung 2014. Alhamdulillah, starting dah mula rasa nak nangis. Hahahah, why ye? Eheh, ya lah, ai masuk-2 je maktab, esoknya assembly, terus gi tengok list nama pasal nak tahu aku masuk kelas mana tahun 2015 tu. Haha, masa mula-2 tengok tu takde pape lagi, masuk-2 je kelas yang dah tertulis dek Lauhul Mahfuz, 502 terchenta tersebut, maka pada awalnya aku merasakan sungguh disasternya aku mendapat kelas tersebut untuk didiami selama setahun. Hahaha, sebab dalam kelas tu wujudnya pelbagai lembaga berotak brilliant lagi genius. Sapa je lah aku ni wehh, hewhew. Starting awal tahun dah rasa berat kepala hotak, berat bahu kena tanggung amanah jadi Mentor Wistara, yang aku rasa aku tersangatlah tak layak nak jadi, haha. Nothing much, just maybe banyak terkejut dengan jadual yang pack gegila, almaklumlah tahun SPM 11 subjek menunggu.

Februari, 2015.

     Ahha, bermula Februari lha aku pakai spek baru. Well, spek tu sekarang dah masuk museum spek-2 beta yang sama nasib dengan dia. Btw, spek tu banyak mendatangkan kontroversi ye dikalangan makhluk-2 dekat maktab, ahaha, apakah jadah punca aku pakai spek tangkai kat luar tudung pun nak jadi isu ke woii? Aiyoo gais, esepeseli bebudak lelaki yer yang kalut tak tentu hala ittew, haha. Aku malas nak argue, pasal aku yang pakai, bukan kepala kau, aku yang rabun, bukan kau, yang kau kata buruk tu aku, bukan kau, spek tu tak guna harta kau dunia akhirat pun, bukan kau yang rasa apa yang aku rasa. Lewls, spek pun nak jadi punca nak mengutuk, hai lha. Dah melayu tu melayu jugeks, kang kata kang sentap. Bongok (_ _") Keju ja. Haihh. Pastu bulan dua nih ada minggu aktiviti, yaaaaaaa. Gais gais hadek hadek budak kawad rumah biruuuu hakak rendu nak hajar kaorang kawad yeww. Lulz. Tak menang puns tak mengapa, memori kita bersama-sama penat lelah ittew penting ye gaisss. Hahaha, sampai malam beb. Thorbaik lha Firuz <3

Mac, 2015.

         Yes, bulan ni ada klimaks yang mengganggu emosi aku sampai sekarang kalau di trigger nya. Uhuks, bulan ni jadi tragedi yang sangatttt ler banyak ye. Kes kem dekat Besut, Terengganu yang amat menggugat kesabaran, mencabar keimanan, menggoyah ketabahan aku sebagai Squad Leader puteri MRSM Kepala Batas. Warning, jangan kacau anak-2 buah aku. Mohon bersyukur, benda ni tak dibesarkan oleh pengurusan. Yes. *gelak evil* Well, bulan tiga jugak terjadinya tragedi tak dapat pergi pertandingan yang under IPMA, yang ni punca aku bebai gak. Lol, apa masalah tetiba budak tafsir KB tak boleh pergi punca ramai sangat budak KB take part Minggu Penghayatan Islam IPMA? Sakai. Dah takdak orang nak masuk blah Perak, budak KB jadi mangsa. Oi bukan aku sorang k, budak forum kena, budak marhaban pun kena lha. Demmit.

April, 2015.

          Ehe, bulan ni pun ada tragedi jugeks, tragedi maktab tak dijemput join Pertandingan Memanah Daerah. Lewls, balik pulau dapat, kb tak dapat pi punca surat tak sampai-2. Keju betul. Hahaha, tapi alhamdulillah lha atleast tahun ni ai pegang bow lagi. Lol riak. Astaghfirullahal aziiimmm! Hewhew. Bulan 4 tadak banyak cerita cuma dah start ada mentee and prepare untuk exams segala bagai tu je lah.

Mei, 2015.

          Err, bulan ni gak ah Pak Chaq masuk hospital, kritikal ah time tu, scary weh tengok Pak Chaq dengan wire berselirat merata, dengan oxygen support. Aduh. Pak Chaq sekarang dah okay alhamdulillah just berulang ah dua hari sekali kena dialisis. Huhu, and best part, jumpa Ust Hafizi kat spital. Lol. Mei pun tak banyak cerita, cuma serabut dengan final exam. Hahaha, pastu habis final ada kem Addmaths. Apakejadahnya Addmaths pun mau ada folio. Aku tak puas hati betul lhaaaa bab ni. Hahahaha, lawak pun ada. Sabaq je lha, walaupun kena balik lambat sehari. Hahaha, standard ah Form 5 banyak berkorban cuti demi akademik, kan gais? Hahaha mohon sokong statement saya wahai rakan-2 seangkatan umur ya? Teteteteteeeetttttttttttttttttttttt. Pastu balik cuti Final Sem. Hahahah bahagia rasa. Pastu Paksu bertunang, pastu Emma masuk KUIS. Huaaaaa sedih.

Jun, 2015.

        Hiyarrrghh masuk pertengahan 2015! Ini bermaksud? Ini bermakna? Ya, Ramadhan tiba Ramadhan tiba marhaban yaaaa Ramadhan marhaban yaaa Ramadhan. *hoi, sikit-2 sudah ah* Okay-2 wa stop, hahaha. Alhamdulillah tahun ni puasa kat maktab buat kali terakhir, bukak puasa dengan geng ex-04 buat kali terakhir sebab hari-2 biasa ai bukak posa dengan geng pajel, maka terasa sedikit awkward tapi ai hokeh jer, haha, solat terawikh dengan member-2 kat dewan buat kali pertama dan terakhir, tapi aku tak merasa ah pakai telekung dari aspuri ke dewan ke blok akademik ke DS ke cafe ke koop ke aspuri semula. Lol, pasai aku selalunya solat tak pakai telekung puns. Ai malas nak bawak telekung merata-rata, pastu nanti kalau tertinggal kang kena cari dengan Ust Aidin yang rajin kutip barang orang kalau campak rata-rata. Hahhh, panjang k statement. Lol. Pastu ada sehari tu kena PLBS dengan ketua pentaksir kawasan KB in English beb. Cuak je aku nak kena. Dah lha tahu malam tu jugak, last menet masa selisih dengan sapa tah tukang bagitau. Aiyoo. Pastu bulan ni penuh dengan PLBS, habis kena dengan orang luar, sambung PLBS Quran Sunnah, pastu PLBS Arab. Hahh, hebat kau goreng speaking arab. Lulz. Merepek je lebih. Pastu aku time bulan 6 ni kerap tak sihat, sakit dia melarat-2 lepas demam, batuk, lepas batuk selsema and it continues sampai raya.

Julai, 2015.

        Bulan ni sedih, Ust Syahir dengan Ust Naim pindah :'( Sobs. Nangis macam apa ja aku hari last sebelum balik raya. Huaaaaaaaaaaaaaaaa tacing wehhh ust pindahh :'( Pastu amali berturut-2 untuk trial. Semua best. Yay Raya! Hahahaha, tetiba. Tapi aku raya dengan keampunan Allah, harapnya ah. Bikus ai demam muntah batuk kahak 6 hari tak makan lewls. Anything ai eat, semua keluar tak sampai usus lagi aku rasa baru hujung2 oesophagus. Lulz. Pastu dengan sambutan raya bagai.. Ehe, layan ajelah dah masuk 2nd part of the year yakni sem 2 yang bermula bulan 6 lagi tu. So, mula ah kelas berderet-2 sampai setiap harinya ya? Ahad je kelas pagi. Yaaaaaaaaaaaaaaa.

Ogos, 2015.

           Hiyargh, bulan penuh exam. Yaaaaaaaaahhhh. Bulan ni ada Pra SPMRSM. Muahahahha, dan mereadykan diri untuk SPMRSM. Juga, bulan ni lepas pra trial ada Kem Teraju Kecemerlangan kay uolls. Best gila kem kat Pantai Merdeka, and I am one of the chosen ones yang duduk dalam chalet. Kuikuikui. Geng chalet best-2, dan aku sambung selsema kat kem. Lol. Bilanya yang aku tak sakit demam bagai aku pun tak tahu lha nak. Antibodi malas nii. Cait. Hahahah. And then kan gais, my birthday kaaannn, hari tersebut got Dato' KP datang maktab woo. And then kann, my hadek-2 kadet and Teacher Jannah, Cik Khairul, Cik Intan and Tuan Roslan sekali nyanyi to me the birthday song hokehh. Ai em sooooooo terharu bak hang. Dah lha tahun last kat maktab gais. Tak pernah gais ada orang wish aku reramai gitu gais. Siap dapat duit raya lagi gais Dato' KP bagi haaa, courtesy to Tuan Roslan yang mention nama aku sebagai Photographer serta makhluk paling busy dia pernah jumpa. Alololo Tuan Roslan, I miss you oredi ah. Hahaha dah lha suka kenakan aku, sabor je lah aku kena simbah air mineral masa lepak dengan dia dengan Cik Intan lepas ajar bebudak kawad untuk sambut Dato' KP petang sebelumnya tu. Melawak dengan diorang, pepandai ah kau bawak diri, takat kena simbah air tu benda biasa bohh, ada lagi teruk dan pelik dan merapu. Ahahaha sweet memos. <3 Minggu xtvt sem 2, seperti biasa Form 5 and Form 3 tak terlibat. Mood study sampai lebam. Hahaha.

September, 2015.

         Trial starts in august, and sambung masuk bulan sembilan. Well, something big was reported to be happen in this very month. Jugak merupakan aku jadi tak brapa nak betul, peh. Sebab orang lain, kau yang serabut, pehal? Hahaha, pernah dengar phrase, "sorang buat, semua kena" ? Haaaaa, aku kalut pikiaq pasal tu k. Buat benda tak pikiaq jauh, orang lain pun merasa ah kans akibat nyer kans. Hahaha, fasobrun jameel. Benda dah setel, and aku pun dah rasa boleh wrap all over my head kot. Aiyoo, nasib baik ah result trial alhamdulillah elok ja. Kalau merudum, aku tau ah punca apadia. Bukan satu ya benda jadi, aku kira-2 ada ah tiga benda jadi. Tolak satu benda, yang lagi dua tu betul-2 buat aku kecewa, frust atas persahabatan. Dua-2 kawan laki. Aku dah lha senang kamceng dengan laki lagi drpd pompuan, jadi kat bestfriend pulak. Aduh, sakitnya hati ai. Why lha nak buat prangai hujung-2 tahun nih. (_ _") Aku nak relaks pun tak boleh k. Aiyo.

Oktober, 2015.

          Tragedi oktober? Nahh, okay sikit bulan ni. Hewhew. Hari-2 terakhir aku sebelum amek SPM bulan seblas. Wew, dan well, hari2 terakhir haruslah kita penuhi dengan jamuan demi jamuan. Hahahaha. Banyak gak benda event bulan nih, dengan segala Mock Interview, pastu ada Graduasi 2015, pastu ada Hi Tea Form 5, pastu ada Majlis Penutup YPM, pastu ada lah bagai-2 lagi en. Pastu jamuan dengan Ustaz Muslim, ust skolah irsyad yang ajaq kelas aku arab hari jumaat malam sabtu. Ust ni ohsem wehhhhh, pakej hensem. Haha, aiseh, bukan ai sorang k cakap, budak perempuan 502 semua cayaq k. Oi kc, lagha. *astaghfirullah* *gelakevil* Alhamdulillah lha grad aku lepas kelas pertama, cuak hokeh, result trial cukup makan. Hewhew.

November, 2015.

         Takmau cerita banyak, bulan ni bulan mengambang. Ahahahaha, gurau. Bulan ni SPM gais. Tapi, minggu first SPM lagi dah ada orang kacau hati perasaan ai. Huhuhu, sape lah ai, takpe ai sedar. Lulz, poyo ah kc.

Disember, 2015.

          Paksu kawen yawww, dapat maksu kay uollsss. Hahaha <3

          Bulan tragedi, tapi lepas tu, ai jumpa kebahagiaan sementara dekat dunia nih, alhamdulillah sangat. This month, I confronted the most devastating day, haha. Afiqah Hanani cakap, "kenapa tak cakap, "kau akan menyesal satu hari nanti!" kat dia," katanya. Lol, malas ah. Dia nak menyesal ke tak ke dia punya pasal. Dan kalau aku cakap pulak, nanti dia tak menyesal pun, aku yang malu. Lol. Aku frust, aku nangis, aku kecewa sampai bengkak-2 mata, seharian tak tidur, pastu malam tu nangis lagi. Tidur lewat pulak malam tu, paginya jumpa ustazah kesayangan yang bakal bergelar Puan pada 24th Dec. Ya allah, aku bersyukur pergi berkampung dekat rumah ustazah. Jumpa lagi ramai manusia yang tahu erti menghargai, tahu erti appreciation yang selama ini aku cari tapi tak jumpa-2. Aiceh, mana nak jumpa, dah kau pegi cari dekat orang dan tempat yang salah. Bongok je kau ye kc. Hahaha. Alhamdulillah, aku berkenalan dengan student-2 ustazah from Muadzam. Jumpa Kak Nurul dulu masa beliau ikut ustazah mai JEMPUT ai kat rumah. Aku ingat student, padahai Cikgu rupanya. Ampunkan saya Kak Nurul, tapi takpe lah, Kak Nurul memang comel macam student pun. Ahaks.

           Terima kasih, Amin Ariff, Khairul Azmi Mohd Nordin, Mohd Syazwan Khalid, Durratul Izzah. Depa ni lha so called Geng Purple. Just aku tak jumpa lagi dua orang katanya, Meor dengan Gai? Sebab depa tak mai kenduri ustazah, so tak kenal. Hahah. Duduk dengan family ustazah memang tak tipu ah, zouk islamik tu mencurah-2. Rindu maktok. :3 Heheheh, maktok ohsem gais. <3 Sayang maktok. <3 Adik beradik serta anak-2 buah ustazah yang happy go lucky ja semua. Ai jatuh chenta jatuh sayang kat sana. Uish, over ye kau kc. Well, alhamdulillah, semua ni berlaku setelah aku decide untuk berlapang dada dan terima seadanya lepas dikecewakan. Sakit, tak tipu sakit hati tu, haaa ngilu wa cakap lu. Salah tempat kau curah perhatian, curah rasa sayang, curah rasa prihatin kau dekat orang yang salah. End up, dia tak langsung menghargai, kan? Menyesal gais, menyesal sebab buang masa. Maka, bersabarlah kc. Allah temukan kau dengan manusia-2 yang membantu kau bangun semula. Yay. Syazwan siap kata, "aku macam nak hayon penumbok je kat dia masa kau cerita pasal dia, yelah, cakap macam tu dekat perempuan," kata beliau. Lek Syazwan, aku okay je sekarang. Hahah, rindu nak jumpa korang semua. Semoga planning kita bulan tiga nih jadi ye gais? Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!


Doakan saya masuk kolej secepat mungkin. Doakan saya berjaya lulus interview. Aminnn!

Bak kata team mate interview aku sorang tu, "Kau decaying, rotting je lah kat rumah sebab tak kerja?" Amboi kau ayat, ahhahaha. Lol. K dah, aku just nak cakap, perjalanan hidup semua orang tak sama, kalau jumpa yang sama or agak-2 nak sama tu pun, semua Allah dah tentukan. Maka, have fun, jangan hadkan kasih sayang kau untuk seorang. Sebab chances are, dia takkan hargai. Ceh, mula pukul rata nampak? Chances are, tapi once in a blue moon boleh jadi ja diberi penghargaan ittew. Ohkey? Haha. Kboi uolls, semoga bahagia dan berjaya dunia akhirat. Trimas sudi baca perjalanan hidup aku tahun lepas. Doakan ai jugak ye? :3