Wednesday, March 2, 2016

#kerja

Mula dengan kerja, aku mula nampak realiti dunia luar maktab macam mana. MasyaAllah, scary. Selama ni aku duduk dalam maktab, makanya, alhamdulillah la tidak ada yang extreme melampau-lampau.

Tapi, aku tak cakap yang kat luar maktab ni extreme melampau semuanya ye, pls. Cuma kini, sedikit je lah aku tau memang sikit sangat pasal dunia luar. Sungguh, kau duduk dalam dunia maktab, kau belum kenal dunia luar. Prepare je lah diri sendiri tu. Aku yang baru jumpak baru kena baru nampak baru rasa SIKIT pun dah macam, "Huaaaa, takutnyaaaaaa apa semua ni nak balik hua," tu. 
                                        
Tapi, kalau aku stop, aku lari, aku blah, aku menyorok, sampai bila aku nak buat macam tu, kan? Tak dinafikan, ramai lagi makhluk dari alam maktab yg belum dengan dunia luar. Serius guys, cuba intai dunia luar. Aku sayang kawan-kawan aku, thats why aku cakap macam ni. 

Paling penting, nak kuatkan pegangan agama tu, amatlah menggugat kesabaran kalau manusia macam aku yang mudah terpengaruh nih ha. Memang merasa la macam mana nak bawak diri, macam mana nak selesaikan problem, macam mana nak handle kesalahan diri sendiri, kesalahan orang lain kadang kadang, macam mana nak hidup, even pengalaman aku kerja baru mencecah seminggu. Ya, aku tahu, aku sedikit culture shock dengan dunia luar. Bukan semua orang jahat, bukan semua orang pun baik jugak. Huhu. Tapi, aku sedaya upaya nak kuatkan diri untuk hadapi dunia sekarang ni. 

Ayat "Lepas ni dah tak ada yang nak kejan suruh solat, suruh mengaji suruh itu suruh ini bab agama bab akidah bab jaga ikhtilat semua," tu aku dah mula rasa. Ni baru sikit wehhh (_ _") Tah nanti masuk uni ke masuk kolej mana-mana lagi lha macam-macam jenis aku jumpa. MasyaAllah, takutnya. And yes, I need strength from close families and friends. Serious. Bantu aku andai aku tersesat andai aku menyimpang andai aku menongkah arus hakiki. Aku takut. Doakan aku.

No comments:

Post a Comment

Kata2 hikmat dari anda???