Sunday, October 26, 2014

#sebak

Assalamualaikum warahmatullah.

       Maka benarlah, kehidupan itu kembarnya ujian. Dan kini, diri ini sedang melalui fasa tersebut. Ujian datang bertimpa-timpa. Dan esok, ujian dunia bermula. Peperiksaan Akhir Tahun Semester 2 2014. Nasib baik jugak satu hari atleast dua subjek sahaja. Allahu.

      Ujian yang hadir pada mulanya membuatkan aku seolah-olah telah penat untuk teruskan kehidupan. Penat untuk terus bersabar. Dan seakan-akan penat untuk bersangka baik dengan Allah. Astaghfirullah. Mujur, masih ada jiwa-jiwa yang setia bersamaku tika susah dan senang. Masih setia mengingatkan daku tentang fitrahnya hidup manusia.

       Alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat dengan erti yang sebenar. Bukan hanya yang hadir tika perlu, hilang tika sudah jemu. Sumpah, ini adalah kali terakhir aku akan benarkan perkara sedemikian terjadi. Nilai persahabatan itu terlalu tinggi. Sungguh, aku cinta mereka yang bersamaku kerana Allah. Moga Allah redha dengan kehidupan kita. Dan semoga kejayaan berjaya kalian tempa, insyaAllah, aku doakan sentiasa. Biiznillah, sekian. Tinta hati yang remuk.

Monday, October 6, 2014

#SalamAidilAdha_1435h

Assalamualaikum warahmatullah !

       Salam AidilAdha 1435h .. Mengenai raya haji tahun ni .. Erm .. Entah lha , taktau nak komen ape . Hehekk . Hanyalah ternyata tahun ini banyak kes lembu korban berjaya meloloskan diri daripada tambatan sebelum dikorban . Yelah , dah kena korban acane nak lari kans ? Hoho . Uhuks . Raya haji tahun ni rasa suram sikitt . Dunno wai . Mungkin akibat daripada hati yang kurang bersih agaknya. Nabi kata , kalau elok seketul daging tu , eloklah keseluruhan tubuhnya . Maka , ternyata ada yang tidak kena pada seketul daging tu pada saya .
Qalbun
      Haihhh . Feeling lonely was only a state of yourself being forgetfull of how much Allah's actually never leaves you even a single second . Hewhew .. Dalam proses membaikpulih hati . Sedang cuba mendampingi Al-Quran setiap hari. Huhu . Alhamdulillah , dah khatam tasmik . Tepat jam 1138 pagi di Surau As-Syatibi MRSM Kepala Batas bertarikh 26th September 2014. Tarikh tak brapa cun ah . Haha , but atleast berjaya jugak menghabiskan tasmik 30 juzuk pada Penghulu Segala Hari, yakni Jumaat.

     Sekarang, fasa murajaah. Allahu.Bukan calang orang boleh igt 100% quran. Diri yang hina dina ini terasa amatlah tidak mampu untuk bergelar hafizah quran yang betul-2 masyi. Huhuhu. Namun, demi cita-cita yang diimpikan, saya harap, saya dapat lalui fasa murajaah dan kekalkan ilmu al-quran ini dalam dada. InsyaAllah. Dengan berkat doa ibubapa dan para murobbi yang saya kasehi kernaNya, saya harap saya berjaya, biiznillah . Keinginan untuk berjaya itu ada, alhamdulillah. Masih ada perasaan yang positif dalam hati ini.
KalamuLLAH.
       Tu je lah kot. Malas dah pulak nak cerita panjang-2. Agak kurang perasa kan entry kali ni? Saya sedang menghapdet tanpa berperasaan seperti selalu. Entah mengapa. Huhuh. Eh eh readers sekalian, mohon doakan kesejahteraan kita semua bersama dunia akhirat. Saya terasa lain macam. Heh? Abaikan perasaan saya tersebut. Harap kita semua berjaya dunia akhirat, insyaAllah. Amin. Doakan saya dapat masyi quran macam asatizah saya hebat-hebat gempak belaka dekat maktab tu. Hihi.

Assalamualaikum warahmatullah,
May peace be upon YOU! <3
Fi hifzillah, semua.
p/s: Doakan kecemerlangan result exam TOEFL saya baru-2 ini! <3 Tenkskiew. Haha.
Salam AidilAdha. <3

Sunday, September 21, 2014

#WakeMeUpWhenSeptemberEnds!

Assalamualaikumm warahmatullahi wabarakatuhh !

      Yayyy , kembali mengadap blog terchenta ini ! <3 hiks .

Okay , bermula lah hikayat aku nak merapu sejak dah lama tak hapdet ini blog .. Blog yang telah disisihkan . haha . okay okay . Aku last update masa cuti raya haritu . And yes , last update pasal raya . Hewhew . Aku semangat gila nak hapdet nih .

        Okay , bermula dengan seminggu selepas naik cuti raya . Aku sangat sebukkkk sepanjang bulan lapan dan sembilan ini . Huhuhuhhh . Sumpah , aku tak expect sesibuk ini dalam maktab . Nasib baik lha aku bukan bkp . Hohohh , kalau idak , ate , teman idok tau le nak kate ape . haha . Okay okay , minggu xtvt sem 2 starts right after 2 weeks of studies yang tak macam studies . Ya lah , standard suasana baru naik cuti kans ? haha . But before that , sambutan raya .

       Naik cuti , bermula dengan aku join bakal-2 bwp masa tu , yang sekarang ni dah sah jadi bwp , setup Malam Sambutan Aidilfitri peringkat maktab . Jumaat . Malam . Sabtu . Hohohhh , memang happening gila malam tu , dengan photobooth bagai en . Memang malam tu , aku on duty sorang , cause abg Neekman tak bawak camera , abg Bahari pun sama . Huhuh . Tapi malam tu sumpah best wa cakap lu . Haha . Mmg banyak gila ah kenangan en ? hihihihi .
Captured by Azah . Tenks dear . :3
        Well , minggu xvtv sem 2 nih banyak xtvt kemasyarakatan lah kot ? **wassap_masuk_kejapp.
Hah , okay sambung , Ya lah , masyarakat maktab berkecimpung dalam dewan sambil tidor . krohhh krohhh . Ha la , malam mengantuk dah pasal siang pun asyik terperap dalam dewan ja . Haihhhh . Penat duduk okay ? Penat tadah telinga dengar ceramah . Hoho . Teruk betul aku nih , but atleast , sapa yang jaga tu memang dapat input banyak ahh wa cakap lu . Hihi . Maka , kesimpulannya , jangan tidoq time ceramah , makan ke ape ke . Eh ? Haha ..

        Malam 1st , ada apa eh ? Tak igt dah aku , ada tayangan kott ? hah , Di bawah lindungan kaabah , setelah seharian 1st day tu pun kat dewan dengan perasmian , saringan liga huffaz f4 bagai . 2nd day aku tak igt ada apa , yang aku igt , malam tu aku jaga backdrop Malam Kesenian Islam.. Heh , teruk gila dowh festimer . lewls . Then , 3rd nite , Signs of Creator , under ust Zahiruddin dan kawan-kawannya . 4th nite ? Malam Gaza kott ? yang tu under Ustazah Mai .

Pagi Khamis kott . Lambaian Kaabah . Hihi
           Rabu siang tu ekceli ada event dan unfortunately aku ke USM yg dekat pulau tu , ada Novel Research Innovation Competition , tukang tengok . Haha , khamis ada apa ntah and last day , Jumaat ada masakan antara HR . Resepi Bonda . Huarghh , banyak gila event dlm mggu xtvt dan bayangkan semua event tu sidang redaksi bertugas buat buletin ? Haa , dah la lima orang ja . Masuk cikgu Hazrat yang hensem tu 6 . Haha , marah cikgu aku buat whiteboard makmal macam tension board . Last-2 aku yang kena "Pujian itu hanya melalaikan" masa aku tulis "Sir Hazrat hensem" haha .
Ni HR aku dapat no 5 resepi Bonda . Hihi . PEARL 4
       Okayy , alhamdulillah , tamat minggu xtvt . Hihi . Then , pulang bermalam , then naik cuti , sekolah lagi seminggu . Then , the next week was Exam Standardized 2 Semester 2 . Ngaaa . Gelong okay , gelong . But , alhamdulillah , telah berjaya menempuhi minggu minggu sibuk dua bulan ini . Masuk part exam tu , dah awal bulan sembilan . Banyak kan xtvt  ? Herhhh . Sabor jelah . Then , hari last exam , which was Jumaat , got rehearsal for Ihtifal Ulul Albab .

         Hah , ni wa nak cer sama lu orang . Boleh kata direct 3 minggu berturut2 aku keluar maktab pada hujung minggu . Haaa . 1st , Jumaat dan Sabtu sebelum exam . Menjadi AJK Dokumentasi untuk peserta petrosains dekat Politeknik . Then , minggu selepas exam , Sabtu , pergi ke rumah anak-anak yatim dekat Kulim , and then , jyeah , ke Ihtifal UA , dekat MRSM Gemencheh . Seminggu selepas exam , sekolah macam biasa then sepatutnya balik cuti midsem , *sekarang* pada jumaatnya . But , I was the chosen one . 
Majlis Penutup Ihtifal . Hihi .
      Bertolak ke MRSM Gemencheh that very KHAMIS PAGI ! Huarghh . Then , I stuck there sampai Isnin . Sampai maktab pukul 0130hrs in the Selasa morning gelap gelemat tadak sapa kat maktab .  Alhamdulillah , banyak benda baru yang aku dapat masa dekat Gemencheh . Diorang sangat hebat , sangat sangat hebat . Kepala Batas sangat patut mencontohi mereka walaupun dengan keterlampauan ketatnya disiplin mereka . hahaha . Maybe thats what makes them , them . P E R G H . Hahahha . Now , cuti . Setelah berjaya meraih tempat ke-tiga dalam acara Tilawah dan Tafsir , aku pentafsir . Sakinah , bawah , dua dari kanan tu pentilawah . Taranum dia best (: Hihi . Junior aku , sekarang form 2 . Hebat kan ? :3
Ni hadiah yang aku share dengan Kinah (: hehe . Alhamdulillah
     Right after cuti ni , Khamis depan , kena present rangka model pesawat yang aku dan group aku kena wakilkan maktab . For aerofair competition this Sabtu . Huarghhhh . Penat hapdet banyak giler prog aku bulan 8 dengan 9  nih . Sabaq kc .. Sabaq .. Aku rasa aku sangat sibuk sampai tak terjumpa dengan kawan-kawan . Sangat busy sampai aku rasa rindu gila kat kawan-kawan aku sebab tak sempat nak sembang , story , gossip , and whatsoever lah . Sangat rindu depa , dan harap diorang tak terasa dengan aku . Ada la depa gtau depa rindu kat aku masa aku kat moncheh . Know what hepen ? Naseb baik tak teriak ja time kat dorm malam tuhh . Terharu sangat ada budak rindu aku. Hahaha . Sebab aku sibuk sangat dia kata . Takpa kayy , I'll be back right after abis busy aerofair nih (: Hihi .
Us . PTR's
       Dan , last Friday aku ada hangout sama member . Release stress sama diorang dan having last bits dengan Siti , as she'll berdepan dengan SMRA this October . Goodluck sayang , all the best . Hihi . Doakan budak kecik tu berjaya SMRA dia . Dah la , penat hapdet . Nanti aku sambung mana yang tak tersambung . Esok aku da balik maktab . Doakan aku no ? haha . And this was all I was ranting all the way along . Banyak kans ? Hihi .

8th Aug (nite) - Sambutan Raya (Cameragirl)
18th - 22nd Aug - Minggu Aktiviti (Sidang Redaksi: Cameragirl and reporter)
29th and 30th Aug - Join peserta ScienceFair under Petrosains dekat Politeknik SP (AJK Dokumentasi)
2nd - 5th Sept - Semester 2 Standardized Exam 2
5th Sept (eve) - Rehersal Ihtifal Ulul Albab (Tilawah Tafsir)
6th Sept - Visit to an Orphanage under HOMEROOM (AJK Dokumentasi)
12th to 15th Sept - Ihtifal Ulul Albab MRSM Gemencheh (Tilawah Tafsir)
25th Sept - Bentang rangka model dekat Pengetua
27th Sept - Aerofair USM Transkrian
Love ya , peace . :*
        Dah la , takyah cakap banyak . May Allah bless all my readers . And pehliezzz , doakan kesejahteraan aku , aku dah nak khatam tasmik ! :D InsyaAllah minggu ni aku khatam . Hihi . And to Mr. Aiman Nordin , my best buddy from UKM student Permata , sayang hang weh . Aku harap kau berjaya dunia akhirat , esepeseli this upcoming SPM . Kau tak strive , siap kau . Ingat ?! Haha . Dia teman aku update blog pagi buta nih . Hohohho . Balik esok yeay . Balik esok yeay ! <3 May Allah bless . Amin , Assalamualaikummm ! May peace , be upon u ! Less than three . <3

Sunday, August 3, 2014

#Ramadhan&Aidilfitri1435h

Bismillah .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Salam Syawal (;

Huks , dah lama nak hapdet blog ni ekceli .. Dari hari 1st balik umah lagi .. Because kononnya nak hapdet pasal bulan puasa kat maktab lha kans . Huks . Okay lha , kita start dengan bulan puasa kat maktab eh ? Ehem .

         Sepanjang bulan puasa kat maktab , ada 3x aku tak bukak puasa dekat DS dengan member ex-304 .. Erm.. bermula dengan 1st day bukak puasa , aku bukak puasa dalam kereta dengan abah . Hiks . Nasib baik geng kelas aku tahun lepas dah reserve tempat aku . Hehehe // ex-304 . Then , ada bukak puasa dekat rumah ustazah aku .. Iftar bersama ahli-2 segroup tasmik . Here's bits . Masak sendiri , makan sendiri . Uwais comel :D
     
           But sadly , lepas cuti ni group tasmik kena rombak . Hailaaaaaaaaaa . So the sakai one , dengki betul . Ape lha kejadahnye asek-2 rombak je group tasmik ? Apesal tak buat je rotate setiap hari tukar orang dah kalut sangat ? Bingai . Susah tau nak cope orang lain-2 ! See ? Tak pasal buat dosa kering . Hish ! Serrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ja semua nih . (_ _") Kami bukan tester lah .
Anak tasmik ustazah ada 10 orang . Kami saaaaaaayang ustazah :*
         Then last one , ada pulak pergi bukak puasa dekat luar . Ni aktiviti homeroom (: Hiks . Bukak puasa dekat rumah Muhammad Harith , adik hr aku . Sedap gila weh mak dgn tok dia masaaakkkk . Nyums nyums . Tambahan pulak dengan sambal dia yang ala kelantan tu . Huaaaaaaaa , sedap gila . Weh , teringat nih ! Camna ?! Hahaha .
I'm not in da pic .
Homeroom Pearl 4 , Ustazah Saadah , kiri sekali with her Fateh and Zauj . <3
        Kemeriahan nak balik raya bermula memuncak bila hari 2nd last dekat maktab .. The day when we got Khatam Quran and Iftar Perdana going on .. I'm one of the ones whos participating in the Khatam Quran's event .. Cuak terowwkk kau ! Hahaha . Nampak la muka nebes tu kans . Hiks . Then , ada majlis bg hadiah sikit untuk xtvt2 sepanjang ramadhan@kb .. Aku pegi lha wakil amek hadiah untuk peserta khatam quran pmpuan ..  Dapat apa weh ? Kain batik . Pink gituw . Haha , aku kena gelak je dengan bebudak kat blkg . Ceitt , xguna btol .
The one dats holding microphone.
              Next , sambung pulak dengan Iftar Perdana . Wakakakakka , okay . Nothing happened here . Nothing new . Nothing best . Huks . Nothing to describe . Lalalala . 
          Dan maka berakhirlah hari 2nd last berpuasa di maktab yang pada malamnya malam teraweh terakhir di maktab berimamkan ust zaher . Hohhohohh , da macam pantun . Continue to last day at maktab di mana semua pelajar dibenarkan memakai baju outing .

         Hiks . Bermula dengan ucapan-2 timbalan-2 pengetua dan incek pengetua sendiri .. Sambung dengan sedikit pemberian sumbangan raya untuk mereka yang memerlukan .. Sedikit adegan salam bersalaman mintak ampun dan maap dari hujung rambut disyampoo rejoice hingga hujung kaki dibalut stokin bata dengan cekgu cekgi. Daaaaannnn , babai ! Balik raya ! Hahah , aku melilau dulu amek gmbaq sebelum balik . Hahaha , nah . Siap dapat duit raya lagi ustad bagii . Hiks <3
Ex-304 .. Yang tak ada dalam ni ,  Afiqah . Mana dia pi taktau . Haihh .
Yang penting , Nurturing Golden Generation kat belakang tu . Hahahahahaha . Sangat !
          As in for this year's raya , nothing special sangat .. Biasa jer . And this year pun tadak kuih raya macam tahun-2 lepas . Tahun ni takdak gambaq raya macam tahun-2 lepas . Aku start snapping raya ke dua . Tu pun still takdak gmbaq aku . Raya ke-3 baru ada gmbaq aku . Time tu tengah hangout pegi taman burung dengan sepupu . Huks .
Me , with kazens . Ni raya ke 3 daaaaaaaa . (_ _")
          And now , dah brapa hari post ni berkurung dalam draft sebab aku tak sempat siapkan . Kekangan teknologi serta kekangan kesibukan yang aku reka-2 . Bodoh je rase , warghhhh . Herhh , esok dah nak balik maktab .. Kenapa aku rasa macam tengah bulan posa eh ? Huks . Suruh puasa 6 la tu . En en en ? Haha .

         Okay , aku da tatau nak cakap apa dah . Bosan je update blog kali ni . Tak rancak macam besa puns . Wai la waaaaaaaiii ?! (_ _") Kay ah , sambung buat perkara tidak berfaedah . Huks , yelah-2 .. Sambung buat homework .. Bio dengan fizik je cuti ni . Taaaaaapi tetap tak siap-2 . Kamon la kaycee , strive start tahun ni boleh kc ? Kalau tak , in your dreams je lha full scholarship kau tu . Ngeks . 

          Just nak mention sikit la . Aku punya aidilfitri tahun ni langsung tak rancak . Huks . Alhamdulillah , bergembira pagi raya . And thats all . Huhu . Why ?? Much caused it . Much much . Soal hati jiwa perasaan keadaan yang excident pada hari raya tahun ni . Aku may nampak gila kat rumah tok but inside nobody knows except Him . It is time. Bye . Assalamualaikum , and never forget to send a lil prayer if you don't mind . #PrayForGaza

p/s : I'm a lil bit heartcrushed . Not broken . Its crushed . Hard to be back normal . May peace be upon u guys . Thanks readin' . <3

Monday, July 7, 2014

#Kitchen'sRant

        Assalamualaikum warahmatullah .

Ehem .

       Actually saja nak update , xtau nak buad apa memandangkan aku dah hapdet semua pasal xtvt bulan lepas baru-2 ni .. Awai bulan lagi sekarang nih .. Malam ni aku balik maktab , lepas iftar . InsyaAllah , malam ni join traweh kat Masjid Abdullah Fahim .
Sumber : Pakcik Google.
        Saja betoi lha ayahanda ni , nak bagi balik lambat , sebelum pukul 10 .. Herhh , traweh sure habis lambat puns . Kalau buad 8 pun msti 10 lebih . Haaaaaaaaaish . Sabor je lahh . Hewhew , betullah , bulan posa ni banyak menggugat keimanan juga ketakwaan . Jyeah ! <3

        Well , alhamdulillah . Buletin Ramadhan yang aku join pun ala-2 bidan terjun tu ayahanda say okay . Legaaa . Proceed untuk this week punya . Hiks ! Doakan aku dan ahli-2 kelab Agama Islam yang bertungkus lumus siapkan gerak kerja bulan ramadhan ni eah ? Aku under buletin , ahli-2 lain prepare untuk event lain-lain lah . Hewhew . Nak cari artikel best-2 untuk minggu nih , and ready cartoon strip . Haha , alang-2 dok umah leh cari idea .. Haritu buat cartoon strip sampai pukol 4 pagi . Ngesssssss !

       Ahahaha , nampak lha kerja tak jalan sbb malam tu buat keja lain dulu . JengJengJeng kerja apakah?! Hahah , ada lha . Biar mereka-2 yang terlibat sadjea yang tahu . Wakakka . Ehh , ada benda sikid nak storyy nih !

       Abg Neekman suggest aku join satu pertandingan fotografi nihh .. Almaklumlah protege dia :P Hahah . Mula-2 aku igtkan dia panggil nak cakap pasal KFC yg beliau nak blanja tu , kihkih . >.< Rupanya nak suruh aku join event tu .. Heewhew . Siap printkan borang penyertaan siap kat akuuu . Huaa , tema dia sempena bulan posa ni , and this upcoming raya . Dateline awal september . Aku takda idea langsung nak buat apa , plus , aku xdak experience langsung join apa-2 pertangdingan cemnih . Huhuhu .
Sumber : Pakcik Google .
       So , a day before yesterday aku pergi bazaar Seberang Jaya . Snappin' lil  pics . Heheheh . Malu gak dowh usung camera pi bazaar . Lawak . Lawak . (_ _") Doakan aku jugak for this one .

      Aaaaaaaaand last but not least , percubaan aku sendiri yang nak mencuba mencari pengalaman join pertandingan tilawah anjuran Karnival Mahabbah kat Bertam , Kepala Batas . Aku takda experience , saja nak cari pengalaman . Atleast ada , kans ? *winkwink . Taranum pun blajaq tak abis lagi .. Hahaha . Esok . Lepas asar , bertolak . Perghh . Esok dah lha exam abis pukol 1645 camtu tak silap aku . Yelahh , punya nak habaq exam sehari 4 subjek . Nahhai .

         Heeeeeeee , siyesly , mohon doa korang semua eh ? Esok start exam selaras 1 sem 2 . Esok pertandingan tilawah , dan bulan posa ni aku sedang cuba sedaya mungkin untuk khatam tasmik secepat mungkin . Kalau tak sempat abes bulan posa ni pun , atleast before tamat Syawal . Mohon tembakan doa padu-2 !

Aku doakan korang semua pun berjaya dunia akhirat . Assalamualaikum , and may peace be upon you ! ^_^
Salam Ramadhan Al-Mubarak , Ramadhan kareemmm ! <3
Alhamdulillah . (^_^)

Sunday, June 29, 2014

#KepenatanBerdouble

Assalamualaikum, warahmatullahi, wabarakatuh.

           1Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan kareem (:


          Setelah sekian lama dibiarkan blog aku yang terechentaaa ini berhabuk , maka dengan paksa relanya aku nak hapdet balik apa yang tak terhapdet . Huaaa , mati aku kalau Cikgu Zurwati baca blog aku nihh , lingkup abes segala tatabahasa, tatasusila, tatakerja dan sebagainya . OKEH ! Back to topic , sekarang dah masuk SEMESTER DUA TAHUN DUA RIBU EMPAT BELAS . Aku dah form four dah masuk setengah tahun , heeeeeeeee . Eh jap , aku nak check last post pasal apa .

        MasyaAllahhh.. Last post pasal kem dalaman kadet ? Waaaahhtt ?!

Ngeeeeeee .. Terok gak ahh blog management aku . Kesian ehh kau blog ? TERabai . Hiks . Okay laa .. Starting from Exam Final Semester 1 , alhamdulillah , dapat AP .. Anugerah Pengetua for pointer 3.5 and above . Exam quran ? Boleh lha , at least B . Tak fail , alhamdulillah . Heheheheh ..

        Abes exam , balik cuti dua minggu , we stayed maktab for three days , then , off to NEGERI SEMBILAN . Jyeah man , InterMRSM Cor Police Cadets' Camping . We start our journey early Thursday , reach there almost dusk . Hewhew .. Had a nite at MRSM Gemencheh , and the next mornin' , we reached Pusat Latihan Polis Ayer Hitam , Jempol , Negeri Sembilan . **darulapentah ~
Cik/ Cikgu Fairul n me [=
       Start dengan pendaftaran , then set up khemah bagai .. Gadgets and so on . Malam 1st dah kena hadap ceramah . (_ _") Mangkuk betol lhaa , apakejadahnya lha isi slot dengan ceramah . Kalau best takpa lha jugak . Hampa agak-2 kalau kem POLIS dia nak cemarah pasai apa ? U kno' what ? Kes-2 jenayah lha apa lagi . Taapii , still ada jugak lha input . Alhamdulillah . Tapi siyes aku takleh dok diam dowh dengaq ceramah . Nasib la bebudak maktab mna yang dok dekat dgn group maktab aku time tu . Aku mencapab terok kott (_ _") Wakakakakka .
Kawad's Squad . Lewls .
Bebudak MARA LASAK . Baru habis (=
Geng masakan rimba .
Hai (:
Me , shootin' .
      Second day , ada kawad , mara lasak , and also masakan rimba . All went well , although kami tak menang apa-2 acara at the end of the day . Huhuhuh , Third day , menembak , rentas halangan and orientering . Acara apa yang aku tertinggal ? Tak de kott eh ? Tu je lha sepanjang kem . But , hear this . Aaaaaaaakuuu happy gilaaaaa time camp ^ _ ^ . Theeheee .. Gila okay , gila . Wa tarak tipu sama lu , mohon pi tanya bebudak pompuan yang ikut pi kem . Wakakkakaka . Angau :P
       Okay , abaikan . Just nak express aku rindu gila kem kadet . R I N D U . G I L A .
Find Me (:
             Tamat hikayat kem kadet , sampai maktab Isnin malam .. Khamis semua budak-2 boleh balik , tinggal atlet dengan helpers KEJORA kat maktab . Jyeahhh , nama aku kena petik , aku helpers redaksi . Muah muah , sayang gila Edboard . Huarghhh , dah la habis event hari Isnin , bebudak balik maktab hari Selasa , please imagine depa balik senang lenang kat rumah for damn six days ? Sh*t . Tapi tak kisah lha , helpers Kejohanan Olahraga best jugak apaa ?
With partner kat blkg , and my sifu Mr Neekman .
       Blajaq jaga lintas langsung from Abg Neekman and Pakcik PakChaq. Ahaha , people just call him Pak Chaq , I added . :P Lewls , typical me :P Hahaha , layan jer lha .. Kejora taderr paper sangat puns . Aku just still takleh lupa kem . But , I dah kena warning dengan Cikgu Fairul , kena tumpukan pada akademik sebab kem dah habis lama dah . Kalau tak , kena deraa . Haha , "takut"nya . Tapi , still kena dengar , nasihat ke arah kebaikan . He meant well , ofcourse . ( ^  ^ , ) Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee .

        By the way , hari Selasa after Kejora tu , kitorang dibenarkan outing ke Sunway . Hehehhh , aku beli novel baru ,Hlovate : Rooftop Rant . Tengok movie , How To Train Your Dragon 2 .. Best wooaahhh !! Aku almost menitik ayaq mata time tgh2 dok layan tuww . Plus , I met Kxcaii , senior f5 when I was f2 before . Dia kerja Pizza Hut .

Escalator .
           And , now . Aku kat umah , sambut posa kat rumah walaupun takleh bukak posa kat rumah . Damned jugak lhaa asal-2 . Sh*t jee (_ _") . Dah la minggu depan sepatutnya boleh balik , tapi takleh balik sebab balik minggu ni . Syellllllllllllllllllll ~ Sabaq jerlah kaycee , da start posa da ni .. May peace be upon you! Assalamualaikum ! :D
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK (: PRAY FOR ME , THANKS READERS TERECEHENTAA :*

Sunday, May 4, 2014

#KemDalamanKorKadetPolis

Assalamualaikum warahmatullah !

Heheheeee .. Terasa nak hapdet blog yg da bersawang nih sat sbelum balik maktab . Huhu , tak ready lagi ntuk Syafawi dan Tahriri .. Huhuuhuhu .. (_ _") Tak kisah lha , balik mktb ni struggle .. Exam quran .. Exam dunia .. Dua-2 lagi seminggu ja tinggai . Adeh .

           Erm .. This update is for my last weekend inner cadet camping . Bermula dengan petang jumaat 25/4/2014 . Haha , masakan rimba lah sangat >.< Wakakka .. Thorbaek .. Aku jadi photographer jer lha .. Masak pun kacau-2 derang je .. Hehekk . Then suddenly kN (pronounce:Kay En) , gtau aku Cikgu Fairul cari aku . Hahaha , igtkan xmau mai , last-2 tiap-2 hari mai . Wakakaka  >.<

Lans Kopral Fairul
        Yang si Myra ngn Aida nih , dok ngasuh anak Cikgu Siti .. >.< Balqis :D Ceredaih gila baq hangggg .. Aku xtau camna Myra ngn Aida leh larat layan budak tecik tuu .. Lari sana , lari sini .. Nak rehat , tak bagi .. Nak lari jugak ... Nampak la budak ni sok besaq jadi athlete macam parents dia . Hahaha .
Myra , Balqis , Aida .
          Malam pada masakan rimba tu .. Ada kawat sampai 12 malam . Start 2115hrs .. Sampai 0030hrs . Hhahaa . Tobat best woihhh ! Kawat yg paling semangat aku rasa untuk tahun ni .. Wakakaka .. Seronok lha , cik Khairul yg ajaq .. Tak penat sgt . >.< Kesian budak laki ar weh kena dgn Cik Azni ngn Cik Ujang .. Wakaka .. Time rehat , lawan karok tepi punching bag . :D

         The next day , preparing untuk latihan menembak Ahadnya .. Sabtuday 26/04/2014 sepatutnya ada musketring ... Tak jadi , so preparation je lah .. Mula-2 buat kat tepi dewan , atas rumput .. Pastu , masuk dalam dewan . Jyeah , best ! Hahaha . Aku ada orang special pantau :P Bawah tu gmbaq aku ngn tcher Jannah . Snapped by Cikgu Azmi Azuan (:
Me n Teacher Jannah .
           Ngehs , keluaq dewan kena kawad baq hang . Adehh .. Nampak dak squad leader yang pendek kat depan tu ? Wakaka .. Kesian ahli platun .. Tak nampak leader kat depan , leader tak cukup kalsium . Hakhakhak .
Squadleader pendekkk . (>_<)
             Ni turn Tuan Roslan bg ucapan sebelum bertolak esoknya pegi IPD Kulim , latihan menembak untuk kem Serting nanti .. Untuk pengetahuan anda , Tuan Roslan adalah bapak tiri kami semua .. Beliau sendiri yang declare masa hari 1st camp . Wakakakka ..
Bapak tiri kesayangan >.<
               Malam sabtuday , cultural nite . Z A P I N brooo !! :D  Ahaks , menyerlah jugak lha aku malam tu >.< Wakakakkaa .. Tapi harem ar .. Malu syel ngn bebudak junior aku .. >.< Ya lhaa , dok bajet-2 hati kering tandus kemarau ja slama dok ajaq kawad depa petang malam petang malam .. Tetiba time zapin tu ter-AYU plaks . (~_~) Haha , takdak la ayu mana .. Tapi , dah nama pun Zapin , menari . Takkan nak menari style kawad kot ? Macam Cik Khairul :P Wakakak .. Gmbaq aku berzapin takdak . Lega!
Prac before pertandingan antara form :P
Nih geng budak-2 laki :D
            Ahad , hari kemuncak . Latihan menembak di IPD Kulim ! :D Perghh . Best woo >.< Hehehhehe .. Tapi sedih ar . Markah aku disqualified .. Kalau dak , top 3 baq hang ! (-_-) Takpa , aku balaih dendam kat kem nanti . Doakan aku sharpshooter untuk perempuan atleast (: Aku ngn kN akn pastikan kami 2rg dpt mrkah tertinggi untuk girls :D
I'm the 3rd from left . Asuhan cikgu azmi (:
               Heh , ni Cikgu Fairul .
(:
C E K G U     F A I R U L


Sekian update camp dalaman . Sumpahly , aku rindu kem . Plus , orang dalam kem skali . Ahaks <3

KayceeSadjea.mel308
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KAMI (:
AKU =D


Sunday, March 23, 2014

#CutiMidSem12014

Assalamualaikum warahmatullah .

      Salam bloggers skalian ! :D Well , setelah lama dibiarkan berhabuk sedemikian rupa alkisah blog ku ini .. Tetiba rasa nak berkata-2 dan mencurah rasa pulak ! :D Herm .. Nampaknya , masih belum ada post untuk tahun 2014 ni .. Post newyear pun dah tak buat macam last year .. Ntah , tetiba rasa malas nak menghapdet blog aku nihh . Maaplha kepada silent readers aku (: Mesti tertanya-2 , what happened to me this wonderful 2014 kan ?

       Bismillah (:

       Setelah berjaya merangkul kecemerlangan 9A PMR 2013 yang lalu .. Maka dengan yakin dan optimisnya aku , menyambung pelajaran aku di MRSM Kepala Batas . (: Alhamdulillah . Bermula pada 6 Januari , aku masuk sbg pelajar pra-tingkatan 4 mengikuti program KIKS . Kemahiran Insaniah Kemahiran Subjek . For a MONTH ! Jyeah , dalam prog tu , so many things happened . And yes , it does left some memories to be remembered all my life .

        Antara yang berlaku dalam KIKS , yang paling diingati adalah , Drama (: My class won 2nd place (: If I'm not mistaken lha , 2nd ke 3rd entah . Tapi top 3 ^_^ . Aku ? Cer teka aku dapat watak apa ? Hahaha , Marjina , kembaq kepada Marjini .. Pembantu rumah Bo , Kassim Baba . Ehh , ye ke ? Ntah . Dah lupa . Hahah .. Many else such as , sambutan maulidurrasul , xtvt for science yang Science Research Skills tu bagai .. Haha .

         And the most sorrowful thing happened was , the last day of KIKS , which was , Closing ceremony of it , was also , the last moment we spent together with Nur Hidayah binti Sapri . She left us by the next day , that Saturday . We escorted her till the guardhouse . The boys as well were there infront of the aspuri , sending her farewell .
HidayahSapri, I miss you . We 403 Daebakians miss you :*
Memories of Drama Team 403 Daebak ! :D
       Well , I hope she's fine there .. And may all your wishes come true dear (:

        And the story continues , after KIKS . The day where my friends all register themselves as official students of Form 4 MRSM Kepala Batas , I was not there . Hewhew . Where am I ? Hehe , I was at SMK Kampong Selamat . Archery Tournament . Me ? Haha , amature one . But still , alhamdulillah . Dapat masuk pusingan Olimpic . Which means , our total marks individually were top 8 ! :D Wah wah !
Archery Team , MRSM Kepala Batas . Kami HAVOC ! <3
       But , dapat langkah masuk je lahh .. Main first round dah kalah ... Huhu , mau tak kalah , diorang kasi kitorang lawan dengan rangking no. 1 . SMK Valdor . 1st rank , lawan 8th rank ? tobat lha kalah (-_-) Hewhew .. Tapi takpa , our guru pengiring merangkap Encik ROY (: Hahah , gurau-2 .. Ust Raedi pun cakap , kitorang datang kali ni just untuk ambil pengalaman je .. Nak menang tu memang lah payah .. Prac pun seminggu ? Haha . In your dreams !

       Hermm .. Apa lagi eh nak cerita ? Herm ... Ahha , minggu xtvt yang gempak .. Rumah Biru Firuz walaupun tak juara , tapi nampaklah gaya nak juara tahun depan ! :D Ahahaha . Well , atleast kami dapat no. 2 .. ^_^ Cheers tahun ni sumpah havoc gilaaa ! >.< Wakakaka .. Sronok wehh , sronok !

       What else ? Dah , taktau nak cer apa .. Haaa , aku lupa nak cer benda paling penting ! Jeng-2 .

Kelas aku tahun ni : 403 Daebak :P
Homeroom aku tahun ni : Pearl 4 , Ustazah Saadah
Jawatan dalam kelas : Orang Kaya :P **bendahari
Unit uniform aku : Ofkoz lha Kadet Polis ! :D**naib pres
Sukan permainan aku : Sofbol :P *xdak jawatan
Kelab persatuan aku ? : Kelab PAI . **Ajk kelab

         Haha , nampak dah semangat plus aura 2014 . Doakan daku ! Assalamualaikum , izinkan daku mengisi perut yang lapaq dari tadi :P Wakakak .

Salam bloggers sedunia ! <3
Merentas Desa 2014 xD Sebelum lari , snip snap ! ^_^